Selamat hari Raya Aidilfitri kepADA semua pembaca blog Revolusi Pemikiran Mahasiswa. Sudah sebulan kita berpuasa kini hari lebaran muncul tiba diraikan dengan penuh kesyukuran tanda kemenangan. Oleh itu saya mengucapkan tahniah kepada semua ikhwah dan akhawat semua, anta berjaya mengharungi segala dugaan sepanjang bulan mulia ini. Disini ana ingin memohon maaf sekiranya ada tersalah berbicara serta tutur kata....Maaf Zahir dan Batin
Friday, September 25, 2009
Selamat Hari Raya maaf Zahir dan Batin
Selamat hari Raya Aidilfitri kepADA semua pembaca blog Revolusi Pemikiran Mahasiswa. Sudah sebulan kita berpuasa kini hari lebaran muncul tiba diraikan dengan penuh kesyukuran tanda kemenangan. Oleh itu saya mengucapkan tahniah kepada semua ikhwah dan akhawat semua, anta berjaya mengharungi segala dugaan sepanjang bulan mulia ini. Disini ana ingin memohon maaf sekiranya ada tersalah berbicara serta tutur kata....Maaf Zahir dan Batin
Monday, March 23, 2009
Tahukah anda...wahai suami??

Tahukah anda...wahai suami??
Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini iniasalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas
takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...
KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah suamiku?"

TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini . kau " Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?
Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan
TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam
TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...
Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?"
Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...
Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...
INI YANG BEST NI
Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya....
Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain .Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..
JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!
Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan.
Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit.....
Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri....
Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....
FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .......
GUITAR HERO III MENGHINA KALIMAH ALLAH?



Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam . Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT . Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT . Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.
Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak oleh makhluk yang berupa "syaitan" bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane . Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat . Dipunyai oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika ) bersama dengan Chris Ward dan Mick West . Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.
Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam . Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.
Selamat Datang Sahabat dan Sahababiah
Disini saya ingin menceritakan mengenai kehidupan seorang mahasiswa UTHM
Pada tahun 1987 lahirnya seorang bayi yang tidak tahu dimananya dia siapa bapanya dan siapa ibunya. Pada ketika itu bayi itu menangis sekuat-kuatnya apabila dipukul pungungnya oleh penyambut istimewa.Dimasa itu bayi itu masih lagi belum mengenali dunia ini keran saat itu satu perpisahan terjadi antara ibu dan anak. bayi itu masih suci lagi dan tidak menetahui apa yang telah terjadi pada dirinya.
Kehidupannya yang bermula di Kuala Lumpur menjadi titik permulaan meredah ranjau yang berduri dalam hidupnya. Namun bayi itu masihn tidak tahu lagi siapa dia dimana dia kerana pemikirannya hanya tertumpu kepada susu botol yang diberikan oleh seorang wanita yang dia amat sayangi sepanjang hidupnya.
Hari berganti minggu, bulan berganti tahun, bayi yang dulunya tidak tahu apa-apa semakin membesar menjadi seorang kanak-kanak yang riang dan ceria. Dia memepunyai teman serta kawan karib yang istimewa. Disamping itu acap kali bermain Masak-masak mereka sudah semakin akrab seoerti adik beradik. Namun mereka masih belum mengetahui apa-apa yang terjadi dalm hidup mereka.
Pada 1992 kanak-kanak yang riang tadi terpaksa mengikut keluarganya merantau ke negeri lain. Dia rasa amat begitu sedih kerana terpaksa meningglkan rakan karibnya. Namun apa yang boleh dilakukan dia hanya seorang budak kecil yang mesti mengikut serta patuh pada arahan ibu dan bapa.
Perjalanan yang jauh tadi membawa kanak-kanak itu tiba dan keluarganya telah menetap di Melaka. Sebagai seorang kanak-kanak yang semakin membesar jiwanya semakin tahu apa itu kehidupan .Perjalanan hidup ini penuh ranjau dan hanya orang ynag susah tahu apa itu definasi sebuah kehidupan.
Pada 1993 kanak-kanak ini terpaksa pulang ke negeri tanah tumpah drahnya iaitu Johor Darul Takzim. Dia menetapa hanya sementara menanti bapanya semakin stabil mencari pendapatan untuk keluarganya dirantau orang. Namun dalam kehidupan menumpang di rumah orang menuntut satu kesabaran mencari realiti kehidupan Masalah ini selesai apabila pendapatan bapanya semakin stabil dan dia merancang membawa keluarganya mernatau sekali lagi di nergeri orang.
Pepatah mengatakan “Hujan emas Di negeri orng Hujan Batu di Negeri Sendiri”. Bermula dari hari itu berlakulah satu perubahan dalam kehidupan kanak-kanak kecil itu. dia sudah semakin dewasa. Dlam perjalanan yang penuh dengan tnda tanya “kemanakan bakal kutuju” kata hati kanak-kanak itu. Dia berharap agr dapat pergi ke negeri Kelntan kerana dia mat menggemari adat disana atau di Terengganu popular dengan penyu.
Saat dinanti telah pun tiba kanak-kanak itu menanyakan bapanya dimanakah kita sekarang. “Negeri Sembilan” jawab bapanya. Kanak-kanak itu tertanya tanya negeri apakah itu. Bapanya memberitahu ini adalah slah sebuah negeri yang berada di selatan Malaysia. Kanak-kanak itu hampa kerana harapannya untuk tinggal di Pantai Timur tidak kesampaian.
Namun dia tetap tekad untuk mencari ilmu dan disinilah dia berjumpa dengan kawan baru. Walaupun sahabatnya itu bukan beragama Islam namun mereka berdua tetap mesra seperti saudara kandung. Mereka berdua juga bersekolah di sekolah yang sama. Dari saat itu bermulalah satu pencarian ilmu yang bersungguh-sungguh untuk kemenara gading yang diidamkan
Permulaan yang bagus apabila mendpat No 1 dalm kelas dan sebgai ganjaran bapanya menghadiahkan sebuah basikal. Hari berganti minggu , minggu berganti bulan, bulan berganti tahun saat riang kanak-kanak itu semakin berterusan dan keputusan yang diperolehi membanggakan.
Namun orang pernah kata “panas takkan sampai ke petang , mendung akan berarak lalu”. Tanggal 12 Jun 1997 ibu kanak tersebut pulang menyambut seruan ilahi. Kanak-kanak itu berasa amat sedih kerana ibu yang disayangi telah pergi tinggalkan dia seorang diri meredah rintangan penuh berduri.
Walaubagaimanapun seperti kata pepatah ” patah tumbuh ,hilang berganti”. setahun selepas itu bapanya telah berkahwin dengan seorang janda beranak tiga. Di saat itu bermulalah satu sejarah kehidupan baru dalam kalendar kanak-kanak itu. Kehidupan dilalui dengan penuh kesabaran kanak-kanak itu berjaya menempa kecemerlangan dalm UPSR.
Pemikiran kanak-kanak itu semakin matang apabila masuk ke alam remaja. Semasa pendaftaran pelajar Tingkatan 1 kanak-kanak itu berasa ceria melangkah sebagai seorang remaja. Namun satu perkara yang membingungkan adalah satu tanda tanya yang masih belum terjawab oleh kotak pemikiran remaja terbabit. Satu kejutan apabial melihat rakan sekelas yang lain menerima surat beranak dalam saiz A5 sedangkan dia menerima saiz A4.
Remaja terbabit membaca satu ayat yang tertulis pada kertas itu. PENYATAAN PENDAFTARAN ANAK ANGKAT. Ha remaja terbabit tergamam dan terdiam dan terfikir siapakah aku sebenarnya didunia ini. Ah tak mungkin ini terjadi , remaja itu memendamkam persoalan yang timbul dalam hatinya.
Pada tahun 2004 dia menerima berita bahawa rakan karibnya yang dianggap sebagaim saudara telah meniggal dunia akibat penyakit jantug berlubang. Remaja terbabit terasa amat sedih kerana seorang lagi teman yang menjadi dorongan kepada kejayaannya telah tiada di dunia ini selepas ibunya.
Pada usianya 17 tahun bapanya memberitahu bahawa remaja itu merupakan anak angkatnya. Tujuan bapanya enggan memberitahu hal sebenar adalah untuk mengelakkan dia tidak dapat menumpukan sepenuhnya dalam pelajaran.Remaja itu berasa amat terkejut namun dia lega kerana persoalan yang selama ini difikirkan terjawab sudah. Dia tidak perlu risau kerana dia tahu Allah yang menentukan takdir seseorang itu
Dalam pada masa yang sama seorang wanita yang mengelarkan dirinya Mak Tua telah menelefon nya untuk menanyakan satu khabaran. Namun remaja terbabit tidak pasti bahawa wanita itu merupakan Ibu Kandungnya. Rahsia semakin tahun semakin dapat dicungkil jua.
Pada tahun 2005 remaja itu menempa kecemerlangannya dalam SPM. Dengan kejayaan terbabit dia menerima surat TAWARAN KE KOLEJ MATRIKULASI. Kesungguhannya menimba ilmu di Kolej tersebut membuahkan hasil apabila berjaya ke menara gading.
Hasil kejayaannya dia diterima masuk ke KUITTHO. Menjadi seorang Mahasiswa mencabar kecekalan disanubari. Namun impiannya untuk menyaksikan bapanya menghantarkan ke KUITTHO tidak kesampaiian kerana bapanya terlantar di HOSPITAL. Tapi bapanya memberitahu agar jangan risau dengan dirinya.Remaja terbabit terpaksa mencari jalan untuk bagaiman untuk ke KUITTHO sedangkan dia tidak tahu dimana Batu Pahat dia hanya tahu Tangkak Dan Johor Baharu sahaja.
Sejenak dia terfikir untuk menelefon akak kandungnya supaya menghantarnya ke KUITTHO . Perasaan bercampur gembira apabila usaha yang dilakukan tepat pada waktunya. Pada pagi pendaftaran semuanya berjalan lancar. Kehidupan kampus amat seronok dengan keindahan tasik KUITTHO.
Pada 29/07 remaja itu pulang kerumahnya di Negeri Sembilan untuk menjenguk bapanya disana. Suasana begitu ceria menyambut kepulangan remaja itu. tawa bertukar riang
Pada 13/08 remaja terbabit pulang ke Tangkak bagi menghadiri Majlis Pertunaggan kakaknya. Dalam kemeriahan majlis bertukar seduh apabila bapanya terbabit dalam satu kemalangan dan kepalanya berdarah. Namun begitu keadaan bapanya semakin stabil . Seperti yang dijanjikan oleh bapa angkatnya itu bahawa dia akan menyatukan remaja itu dengan adik beradik nya tercapai
2 minggu selepas itu…………………………………
BAPA ANGKAT NYA TELAH MENINGGAL DUNIA
dan disaat itu terpancar wajah sedih remaja terbabit
Dua orang yang telah membesarkannya sejak dilahirkan telah pulan menyahut seruan ilahi
satu persatu……………………
dan kawan karibnya jua telah tiada
dan hari ini remaja terbabit bahawa jiwanya amat kosong
Namun kini remaja tersebut sudah mendapat nafas baru hasil daripada semanagat dan dorongan yang diberikan rakan-rakan seperjuangan
Sunday, March 22, 2009
Fadhilat Surah Yassin
Disini saya ingin berkongsi satu amalan baik yang mendapat keuntungan kepada peribadi muslim. Yassin merupakan salah satu surah yang terkandung dalam Al-Quran. Kebiasaan amalan umat Islam membaca yassin pada hari khamis malam jumaat. Namun demikian kita sering kali lupa akan khasiat serta fadilat yang terkandung dalam surah Yassin.
Disini suka saya senaraikan fadhilat membaca ayat-ayat yang terkandung dalam surah yassin
1) Untuk perlindungan dan keselamatan diri
- baca ayat 1 hingga 9
2) Sekiranya disahkan mempunyai penyakit yang tiada harapan sembuh
- bangun tengah malam dan baca keseluruhan surah
3) Sekiranya terdapat masalah atau risau
- baca ayat 82-83